PROFIL KOPERASI

Profil Koperasi

Definisi Logo

PROFIL KOPERASI

Koperasi Guru Melayu Pulau Pinang Berhad atau dikenali sebagai KGMPPB merupakan sebuah koperasi yang didaftarkan pada 21 Jun 1926 dengan nombor pendaftarannya 0054 dan mula beroperasi di Sekolah Kebangsaan Chowrasta atau dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Sri Tanjung dengan nama ‘Sharikat Guru-guru Melayu Pulau Pinang dan Seberang Perai Bekerjasama-sama Jimat Chermat Dan Pinjaman Wang dengan Tanggongan Berhad’ sebelum menukar namanya kepada ‘Koperasi Guru Melayu Pulau Pinang Berhad’  pada 05 April 1996.

Tujuan utama penubuhan KGMPPB ini adalah untuk membantu anggota-anggota koperasi dari segi kebajikan dan kewangan agar guru-guru ini dapat memberikan tumpuan dan komitmen yang tinggi untuk menghasilkan kerja yang produktif.

KGMPPB juga mempunyai matlamat untuk meningkatkan mutu perkhidmatan dan pendapatan KGMPPB bagi menempatkan KGMPPB sebagai sebuah koperasi yang berjaya dan terkenal di Pulau Pinang malahan di seluruh negara setanding dengan koperasi-koperasi besar yang lain menjelang tahun 2020 selaras dengan apa yang termaktub dalam Visi, Misi, Strategik KGMPPB.

Untuk mendapatkan hasil yang diinginkan pastinya ia berpaksikan kepada iltizam dan komitmen yang tinggi, disamping memberi perkhidmatan yang berkualiti dan terbaik kepada anggotanya agar dapat menjana pendapatan yang berlipat kali ganda. Justeru, KGMPPB juga telah menaikkan kadar pinjamannya dari RM 1,000.00 hingga RM 100,000.00, membeli saham-saham. KGMPPB juga telah mengorak langkah ke hadapan dengan membeli sebuah Kondominium mewah ‘The Light’ dengan tujuan menceburi dalam bidang ‘HomeStay’.

KGMPPB juga telah sekali lagi telah menambahkan asetnya dengan membeli sebuah lot rumah kedai di Daerah Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang di bawah pemaju Uda Land (North) Sdn. Bhd. yang dinamakan ‘Frontage’ . Perancangan yang baik sahaja tentunya tidak memadai jika tidak disertakan dengan tindakan yang efisyen, efektif dan berterusan.

Selaras dengan motto koperasi “ Muafakat Membawa Berkat Ke Arah Kecemerlangan” dan “ Kebajikan Anda Kami Utamakan” menjadi pendorong kepada Anggota Lembaga serta Pihak Pengurusan koperasi untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada anggota-anggotanya agar visi koperasi untuk menjadi koperasi kredit yang cemerlang dan terbilang berlandaskan amanah dan kualiti akan tercapai.


DEFINISI LOGO